Sukan Lintas Desa SMK Baroh Pial 2012

Thursday, 19 January 2012 03:28 administrator
Print PDF

19/01/2012    Unit Sukan SMK Baroh Pial di bawah seliaan EN Ghazali Sulong dan SU Sukan SMK Baroh Pial, EN Zulkifli Latif telah mengadakan Acara Sukan Lintas Desa 2012. Acara yang bermula pada pukul 9.00 pagi, dimulaikan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azmi . Kemudian , latihan "warm up" telah diketuai oleh En Zulkifli Latif.  Peserta dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Perempuan 18 dan 15 tahun, Lelaki 18 dan 15 tahun.

Peserta telah di lepaskan oleh PK HEM En Zulkafli Senik yang mewakili pengetua. Peserta telah dilepaskan tepat pukul 9.30 pagi mengikut kategori.  T

 

 

Last Updated ( Thursday, 19 January 2012 11:54 )
 

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 1 2012

Friday, 13 January 2012 23:02 HISHAM
Print PDF

7 Januari 2012, bertempat di Bilik Gerakan SMK Baroh Pial telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan 1 ( LDP 2012 ) bagi semua guru SMK Baroh Pial yang Pengerusi Majlisdipengerusikan oleh pengacara majlis Pn Suria Yusoff, Kaunselor SMK Baroh Pial . Majlis itu yang bermula pada pukul 8.15 pagi dimulai dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Azmi Hasan , Guru Kanan Teknik Vokasional . Kemudian, ucapan alu-aluan oleh Tn Pengetua , Pn Hjh Nik Norma Nik Hussain. Dalam ucapannya, beliau Ucapan Alu-aluanmengucapkan tahniah dan berbanyak terima kasih kepada semua guru yang hadir dan memberi komitmen dalam menjayakan majlis ini. Beliau meminta agar guru memberi perhatian memandangkan pada tahun 2012 adalah tahun permulaan bagi sistem baru untuk Tingkatan 1 di mana penilaian adalah berasaskan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah, tiada lagi peperiksaan sebagai sebelum ini iaitu Penilaian Menengah Rendah ( PMR ).

Sesi ceramah di pecahkan kepada 4 sesi iaitu sesi 1 oleh Tn Hj Ibrahim Yusoff, Guru Kanan Bahasa yang bercakap berkenaan dengan " Pendidikan Keselamatan Jalanraya ( PKJR )" iaitu subtopik yang baru diserapkan kepada Bahasa Melayu Tingkatan 1. Beliau telah memberi taklimat tentang kepentingan keselamatan jalanraya dan rasional pelajaran ini dimasukkan dalam matapelajaran tingkatan 1.

RasyidahSesi ke 2 , ceramaah di sampaikan oleh Pn Rasyidah Othman yang menjurus kepada " Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPBS ) " di mana pelajar-pelajar tingkatan 1 akan menghadapi corak penilaian yang berbeza sebelum ini. Jika dahulu penilaian adalah berasaskan peperiksaan , maka bermula pada tahuan 2012, pelajar tingkatan 1 akan dinilai pencapaian melalui satu modul yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang di namakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah . Menurut beliau, sistem ini akan di janakan dan digerakkan oleh sistem secara online. Maka dengan itu, semua guru tingkatan 1 mesti menggunakan pengetahuan ICT unuk menjayakan program ini. 

 Juraini

Sesi ke 3 diteruskan dengan penerangan oleh Pn Juraini Yusoff, beliau lebih menjurus kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( KHB ) dimana dalam taklimat itu beliau telah menerangkan prosedur pentaksiran yang akan dijalankan terutama bagi subjek KHB. 

Penerangan seterusnya di buat oleh Penolong Kanan Pentadbiran , En Adnan Ibrahim  mengenai sistem pengurusan fail berpusat di mana beliau telah menerangkan suasana dan keadaan serta prosedur apabila seseorang pelajar ingin berpindah . Beliau menerangkan tenntang tatacara pengurusan dan pergerakaan fail berpusat. 

Sesi seterusnya oleh Tuan Pengetua , Pn Hjh Nik norma Nik Hussain mengenai prosedur pembelian barangan mengikut tatacara prosedur pembelian baranHadiahgan .

Di akhir majis, pihak sekolah berbesar hati untuk memberi sedikit cenderahati kepada penceramah pada sesi ini.  Di harapkan ini akan menjadi pencetus kepada semua pihak untuk berusaha meningkatkan komitmen kepada SMK Baroh Pial.

Sesi berakhir pada pukul 1.00 tengahari dengan sedikti jamuan makan di Kantin SMK Baroh Pial.

Tahniah diatas kerjasama semua guru.

 

Last Updated ( Saturday, 14 January 2012 00:02 )
 

Mesyuarat Akhir Tahun SMK Baroh Pial

Thursday, 01 December 2011 08:41 HISHAM
Print PDF

 

Mesyuarat AKhir Tahun
Pada 13 November 2011, berempat di Hotel New Pacific Kota Bharu telah diadakan mesyuarat akhir tahun 2011 bagi membincangkan persiapan akhir tahun dan juga awal tahun 2011. Pentadbiran SMK Baroh Pial yang diketuai oleh Yang Berusaha Nik Norma Nik Hussain, Pengetua SMK Baroh Pial telah bersetuju untuk membuat mesyuarat tersebut di salah sebuah hotel terkenal di Kota Bharu bagi menghargai jasa serta penah lelah guru yang bertungkus lumus menjayakan program sekolah di tahun 2011. Mesyuarat yang bermula tepat pukul 9.00 pagi telah dihadiri oleh semua guru SMK Baroh Pial kecuali beberapa orang guru yang sedang mengerja haji di Mekah dan urusan rasmi yang lain. 

 

Pengetua SMK Baroh Pial, Yang berusaha Nik Norma Nik Hussain membuka majlis dengan memberi ulasan serta maklumat tentang hala tuju sekolah menjelang 2012 dan disamping itu juga telah memberi ucapan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus untuk menjayakan segala aktiviti yang dirancang sepanjang tahun.

Taklimat pertama disampaikan oleh Yang berusaha Tuan Pengetua sendiri. Beliau menekankan tentang pentingnya kerjasama antara sesama warga SMK Baroh Pial dalam memastikan SMK Baroh Pial berada pada tahap yang tinggi .

Last Updated ( Friday, 13 January 2012 23:02 )
 

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1

Friday, 13 January 2012 22:49 Hisham
Print PDF
Bertempat di Dewan Besar SMK Baroh Pial telah di adakan Majlis pendaftaran bagi pelajar tingkatan 1 untuk sesi 2012. Majlis Pendaftaran yang bermula pada pukul 8.00 pagi dihadiri oleh ibu bapa, pelajar dan guru SMK Baroh Pial yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Pn Hjh Nik Norma Bt Nik Hussain. Majlis berjalan lancar dan selesai pada pukul 1.00 tengahari.
 

Mesyuarat Pengurusan Bagi Persediaan 2012

Sunday, 25 September 2011 02:35 Hisham
Print PDF
Mesyuarat Pengurusan Bagi Persediaan 2012
 
Satu mesyuarat pengurusan telah diadakan di Restoran Thai Malay Rantau Panjang pada 24/09/2011. Mesyuarat ini dijalankan untuk membuat perancangan bagi menghadapi tahun 2012. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Baroh Pial, Pn Hjh Nik Nik Norma Nik Hussain. Turut hadir , En Adnan Ibrahim(Penolong Kanan Pentadbiran),  En Zulkafli Senik(Penolong Kanan HEM) ,  En Ghazali Sulong(Penolong Kanan Ko- Kurikukum),  En Ibrahim Yusoff(GKB), En Mohd Noor Hisham Muhamad(GKSM), En Ainuddin Ahamad(GKSS), Ustaz Azmi Hasan(GKTV), En Razlan Che Will ( Pen SU sekolah), Pn Suria Yusoff ( Kaunselor), En Sayuti Yusoff( Kaunselor) , Rasyidah ( SU Peperiksaan), En Zulkafli Latiff( SU Sukan ) dan Iswani ( SU HEM ).
Pelbagai perkara yang dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat tersebut. 
Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu berakhir pada pukul 1.30 tengahari dan diakhiri dengan makan tengahari.
Diharapkan dengan perancangan awal ini, kejayaan akan dapat digapai.
 
Last Updated ( Thursday, 01 December 2011 08:57 )
 

Page 1 of 6

<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>

Jam

Rantau Panjang
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday209
mod_vvisit_counterYesterday504
mod_vvisit_counterThis week209
mod_vvisit_counterLast week3650
mod_vvisit_counterThis month8591
mod_vvisit_counterLast month11288
mod_vvisit_counterAll days186230

We have: 6 guests online
Your IP: 38.107.179.242
 , 
Today: May 20, 2012

Peristiwa Penting

No events

Makluman

Program Ihya Ramadan


Cuti Peristiwa

28/07/2011 merupakan cuti peristiwa menggantikan Larian 1 Malaysia

Mesyuarat Panitia Matematik 2011

Mesyuarat Panitia Matematik akan diadakan pada 13/7/2011 di Klinik Matematik
You are here:   Home
| + - | RTL - LTR
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.